MINDEF, 16 Mac 20 - Majlis Serah Terima Tugas PS 1 Rekod dan Dokumen diantara Mej Siti Nur Huzaimas bt Abdul Razak TUDM yang menyerahkan jawatannya kepada Mej Muhamad Rizal bin Hj Sabran TUDM telah diadakan di Bilik Mesyuarat Nuri hari ini.
Di majlis ini juga turut diadakan Majlis Serah Terima Tugas PS 3 Urus Bahagian yang menyaksikan Kapt Siti Abidah bt Hamid TUDM menyerahkan jawatannya kepada Kapt Ahmad Aizuddin bin Abd Rahim TUDM. Kedua-dua majlis ini telah disaksikan oleh Pengarah Pengurusan Sumber Manusia, Lt Kol Mohd Sam bin Yusof TUDM serta pegawai dan staf Cawang Pengurusan Sumber Manusia.