Kemaskini Terakhir: Isnin,21 Sept 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 7101DSC 7134DSC 7230DSC 7304DSC 7335DSC 7351

GONG KEDAK, 14 Febuari 2020 - Pangkalan Udara Gong Kedak telah mengadakan Program Kecergasan "Morning Exercise" Zumba yang dikoordinasikan oleh Cawang Jasmani Pangkalan bersama jurulatih dari Fiona Fitness bertempat di Padang Kawad Pangkalan Udara Gong Kedak.

Tujuan utama diadakan latihan ini adalah untuk meningkatkan tahap kecergasan kardiovaskular dan perkembangan otot serta meningkatkan kadar pembakaran lemak dan kalori yang tinggi di dalam badan bagi setiap anggota yang hadir pada program berkenaan. Selain itu juga ia dapat mengekalkan tahap kesihatan dan kecergasan anggota yang seimbang dari segi fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial.

Turut hadir sama Komander Pangkalan, Kol Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM, Pengerusi BAKAT Pangkalan, Puan Nilly Wahida binti Omar Sudi, Pegawai Eksekutif, Pegawai-pegawai, Anggota LLP serta ahli BAKAT Pangkalan Udara Gong Kedak.