Kemaskini Terakhir: Rabu,23 Sept 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

14

SENAWANG, 14 Februari 2020 - Pengarah PSTU, Kol Haji Ahmad bin Yusof TUDM telah menziarahi PKK Ahmad Imran bin Jaafar (PALAPES Udara UMP) di kediaman keluarga beliau di Senawang, Negeri Sembilan. Dalam lawatan ini, Pengarah PSTU menyampaikan kad ucapan semoga cepat sembuh dari Panglima Tentera Udara dan sedikit sumbangan dari Tabung Kebajikan TUDM.

PKK Ahmad Imran merupakan salah seorang kadet PALAPES Udara yang terlibat dalam kemalangan ketika fasa latihan hutan Kem Tahunan PALAPES Udara di Jugra pada akhir bulan Januari 2020. Beliau telah selamat menjalani pembedahan mulut dan sedang menerima rawatan susulan di HUKM.

Lawatan ini turut diiringi oleh PS 2 Kebajikan Cawangan Perkhidmatan, Mej Siti Norfadilah binti Omar TUDM, PS 3 PALAPES, Lt Mohd Nazry bin Moh Alladin dan PTTR Kebajikan Cawangan Perkhidmatan, Kpl U Muhammad Farez bin Rosli.

Seluruh warga TUDM mendoakan semoga PKK Ahmad Imran kembali sihat dan dapat meneruskan pengajian serta latihan PALAPES seperti biasa.