Kemaskini Terakhir: Sabtu,29 Feb 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0026DSC 0055DSC 0087DSC 0124DSC 0282DSC 0357

GONG KEDAK, 11 Feb 2020 – Lawatan Kerja Ketua Pengarah Bahagian Perkidmatan Kejuruteraan Pertahanan (BPKP), Brig Jen Ir. Anhar bin Anuar ke Pangkalan Udara Gong Kedak telah disambut oleh Pegawai Laksana Pangkalan, Lt Kol Wan Zainal Abidin bin Wan Yaacob TUDM.

Program lawatan tersebut didahulukan dengan acara menandatangani buku lawatan serta membuat kunjungan hormat kepada Komander Pangkalan, Kol Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM di Pejabat Komander Pangkalan, Pangkalan Udara Gong Kedak.

Rangka lawatan tersebut turut melibatkan sesi taklimat yang telah disampaikan oleh Pegawai Senggara Komplek, Kapt Mohamad Hafiz bin Zainol Abidin TUDM di bilik mesyuarat pangkalan berkenaan hala tuju pembaikan dan senggaraan masa hadapan bangunan-bangunan operasi terutamanya melibatkan No 11 Skn. Tim lawatan seterusnya membuat tinjauan ke bangunan Ordnance Loading Apron (OLA), Operational Readiness Platform (ORP) dan Tactical Shelter (TS) bagi membuat penilaian terhadap tahap kebaikan bangunan tersebut.

Lawatan diakhiri dengan majlis makan tengahari bersama eksekutif pangkalan serta penyampaian cenderahati kepada Ketua Pengarah Bahagian Perkidmatan Kejuruteraan Pertahanan (BPKP), Brig Jen Ir. Anhar bin Anuar.