Kemaskini Terakhir: Sabtu,29 Feb 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 DSC 5829DSC 5938DSC 5993DSC 6089DSC 6203DSC 6442

GONG KEDAK, 11 Febuari 2020 - Pangkalan Udara Gong Kedak telah menganjurkan Kejohanan Hoki 7 sebelah antara seksyen melibatkan 6 pasukan yang berlangsung di Padang Hoki Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, Kuala Terengganu.

Antara pasukan yang terlibat adalah No 11 Skuadron, Cawang Kejuruteraan, Cawang Bomba/Operasi, Skuadron 321, Cawang Tadbir/Provos dan Cawang Material. Pasukan dari No 11 Skuadron telah berjaya mempertahankan kejuaraan berturut-turut dengan menjuarai Kejohanan Hoki pada kali ini dengan menewaskan Pasukan Cawang Tadbir/Provos 2-0 pada perlawanan akhir. Manakala tempat ketiga disandang dari Pasukan Cawang Kejuruteraan.

Objektif kejohanan diadakan adalah untuk mencari pelapis baru serta mencungkil kebolehan anggota pangkalan dalam sukan hoki. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk menanamkan semangat kesukanan yang tinggi serta membentuk kerjasama berpasukan yang tinggi di kalangan warga Pangkalan Udara Gong Kedak.