Kemaskini Terakhir: Isnin,13 Jul 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0636DSC 0660 

KUANTAN, 11 Feb 20 - Bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) UMP Gambang, Komander Pangkalan, Brig Jen Mohd Fadzil bin Mohd Diah TUDM bersama Ketua Cawang Tadbir, Lt Kol Kamisah bt Salimin TUDM dan Ajutan Pangkalan, Kapt Ahmad Syafiq bin Abdullah TUDM telah membuat lawatan kebajikan ke atas PPK U Wong Wang Hui yang telah terlibat dalam kemalangan semasa membuat latihan hutan bagi Kem Tahunan PALAPES Udara di Bukit Jugra pada 28 Jan 20 yang lepas. Seramai 29 Kadet PALAPES dan tiga Jurulatih terlibat dalam kemalangan tersebut.

Turut hadir pada majlis penyerahan sumbangan itu wakil UMP, Prof Dato' Ts Dr Yuserrie bin Zainuddin, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni; Kapt Izwan Shah bin Md Shah TUDM, Pegawai Latih Unit PALAPES UDARA UMP dan wakil MTU Perkhidmatan, Lt Mohamad Noor Fauzi bin Anual TUDM.