Kemaskini Terakhir: Sabtu,29 Feb 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 IMG 9633IMG 9635

CHERAS, 11 Februari 2020 – BAKAT Operasi dan Bantuan (BOB) telah mengadakan lawatan kebajikan bagi menziarahi FSjn Siti Maisarah binti Sahri dari AWC TUDM yang baru kehilangan anak bongsu beliau, Afif Alkhoirullah bin Alkhairi pada 25 Januari lalu.

Arwah Afif didapati menghidap Kanser Neuroblastoma Tahap 4 pada Julai 2017 semasa berumur 1 tahun 7 bulan sebelum menghembuskan nafas terakhir di kediaman ibu beliau di Taman Kota Cheras, Selangor ketika berumur 4 tahun 2 bulan.

Dalam lawatan itu, Datin Dr Hjh Sorayah binti Sidek, isteri kepada Panglima Operasi Udara telah menyerahkan wang sumbangan hasil dari derma ikhlas warga Markas Pemerintahan Operasi Udara, BAKAT Udara dan sumbangan peribadi Panglima Operasi Udara kepada anggota tersebut.

Turut hadir adalah Pengerusi BAKAT (BOB), Puan Haniza binti Mior Hashim, Timbalan Pengerusi, Biro Kebajikan dan pegawai BAKAT dari MPOU dan MPBU.