Kemaskini Terakhir: Selasa,20 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20190813 WA0024

PETALING JAYA, 13 Ogos 19 - Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Dato' Ahmad bin Abd Rahman TUDM telah meluangkan masa menziarahi Mej Hasrul Taufek bin Roslan TUDM di kediamannya di Petaling Jaya. Mej Hasrul Taufek TUDM yang bertugas di Pangkalan Udara Subang menghidap penyakit saraf di leher, Cervical Dystonia dan kini sedang bercuti sakit serta menjalani rawatan berjadual di Hospital Kuala Lumpur.

Dalam sesi lawatan ini, Asisten Ketua Staf Tadbir yang mewakili Panglima Tentera Udara menyampaikan sumbangan dari Tabung Kebajikan TUDM dan Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan ATM kepada Mej Hasrul Taufek TUDM.

Turut serta dalam lawatan ini ialah Pengarah PSTU, Kol Haji Ahmad bin Yusof TUDM dan PS 2 Kebajikan, Mej Siti Norfadilah binti Omar TUDM. Seluruh warga TUDM mendoakan semoga Mej Hasrul Taufek TUDM diberikan kesembuhan oleh Allah SWT dan dapat kembali bertugas seperti biasa.