Kemaskini Terakhir: Selasa,20 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2019 08 08 at 09.11.31WhatsApp Image 2019 08 08 at 09.11.37WhatsApp Image 2019 08 08 at 09.11.59

SUBANG, 7 Ogos 19 – Asisten Ketua Staf (AKS) Materiel, Brig Jen Dato’ Dr Hj Mohd Yunus bin Masjuki TUDM telah membuat lawatan kerja ke Depoh Materiel Utama (DMU).

DMU merupakan organisasi baharu dalam TUDM yang telah diperakukan melalui Mesyuarat Khas Jawatankuasa Penasihat Panglima Tentera Udara (JPPTU) Ke-140 pada 13 Dis 18. Perjawatan bagi DMU adalah menggunakan perjawatan MATRA1 dan MATRA 2 yang sedia ada namun, buat masa kini MATRA 2 telah menjalankan fungsi DMU manakala MATRA 1 masih mengekalkan fungsi sedia ada sehingga berpindah ke Pangkalan Udara Subang.

WhatsApp Image 2019 08 08 at 09.12.05WhatsApp Image 2019 08 08 at 09.54.14WhatsApp Image 2019 08 08 at 09.56.21

Dalam rangka lawatan kerja AKS Materiel, beliau dibawa melawat ke seluruh bangunan baharu DMU bagi meneliti fasiliti yang disediakan untuk keselesaan warga DMU apabila mula beroperasi di bangunan baharu kelak.

Lawatan tersebut turut dihadiri oleh Ketua Staf Khidmat MPBU, Pengarah Materiel, PS 1 SISMAT, PS 1 Khidmat Materiel, Ketua MATRA 1, wakil daripada MTU KOMLEK serta wakil daripada MTU Perancangan dan Pembangunan.