Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20190801 112211 264IMG 20190801 112226 721IMG 20190801 112220 754

LABUAN, 27 Jul 19 – Sambutan Hari Keluarga Markas Wilayah Udara 2 (MAWILUD 2) telah berlangsung dengan meriahnya bertempat di The Palm Beach Resort. Majlis telah dirasmikan oleh Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato' Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM dan turut dihadiri Datin Hjh Nazriah bt Hj Mahmood selaku Penaung BAKAT Wilayah Udara 2 selain Komander Pangkalan Udara Labuan serta Mantan Ketua Staf bersama isteri masing-masing.

IMG 20190801 112236 461IMG 20190801 112301 998IMG 20190801 112240 700

Pelbagai acara menarik telah disediakan antaranya sesi Senamrobik, Sukaneka, Pertandingan Swafoto Keluarga dan Cabutan Bertuah.

Sambutan yang bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan warga MAWILUD 2 diserikan lagi dengan sesi penyampaian hadiah kepada ahli BAKAT MAWILUD 2 yang baru sahaja dikurniakan cahaya mata.

IMG 20190801 112313 930IMG 20190801 112208 534

Dalam sambutan tersebut, PANGWILUD 2 turut mengambil kesempatan untuk menyampaikan hadiah penghargaan kepada para pegawai dan anggota yang telah bertukar keluar dari MAWILUD 2.

Beliau merakamkan ucapan syabas kepada semua AJK Sambutan Hari Keluarga MAWILUD 2 2019 yang dipengerusikan oleh Mej Mohd Tara bin Abdullah TUDM kerana telah bertungkus lumus melaksanakan acara tahunan ini dengan jayanya.