Kemaskini Terakhir: Ahad,18 Ogos 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0137DSC 0148DSC 0158DSC 0296DSC 0310DSC 0404

SUBANG, 26 Jul 19 – Pangkalan Udara Subang telah mengadakan Minggu Keselamatan Pangkalan bagi Tahun 2019 bermula 23 Jul hingga 26 Jul bertemakan ‘Never Give Safety A Day Off’ bertempat di Dewan Ababil, Pangkalan.

Program ini turut melibatkan beberapa agensi kerajaan seperti PDRM, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Selangor, Pejabat SUK Negeri Selangor dan Bahagian Kaunseling dan Psikologi Kementerian Pertahanan.

DSC 0424DSC 0428DSC 0454DSC 0464

Program yang dirasmikan oleh Pemangku Komander Pangkalan, Kol Mohd Azwan bin Mohd Pohari TUDM ini juga diadakan ceramah keselamatan seperti Bahaya Dadah, Bahaya Denggi, Ancaman Pedofilia kepada Kanak-kanak, jenayah Kanak-kanak Bawah Umur, Kesedaran Keselamatan Jalan Raya dan demonstrasi pihak bomba bagi menangani bahaya kebakaran di kuarters.

Pertandingan keselamatan turut diadakan antaranya Pertandingan Video Keselamatan, Pertandingan Poster Digital. Cabutan Bertuah Harian yang diadakan kepada hadirin yang menyertai program sebagai satu daya tarikan warga pangkalan menyertai aktiviti keselamatan.