Kemaskini Terakhir: Selasa,20 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0027DSC 0031DSC 0038DSC 0052DSC 0062IMG 4288

GONG KEDAK, 17 Jul 19 – Pangkalan Udara Gong Kedak telah mengadakan Ceramah Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang telah diadakan di MAHTERA Pangkalan.

Ceramah yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Kuala Terengganu, En Azizuddin bin Abdullah dan Puan Noor Shakila binti Mohamad Daros adalah bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai amalan pengurusan kewangan secara berhemah sebagai budaya hidup.

Ia merangkumi aspek kemahiran menguruskan kewangan peribadi, mengenal pasti perbelanjaan mengikut keperluan bukan kehendak, melakukan pinjaman secara bijaksana dan menyediakan kewangan bagi waktu kecemasan.

Seramai 100 peserta terdiri daripada 88 pegawai dan anggota serta 12 kakitangan awam. Diharap ceramah ini dapat membantu peserta dalam menguruskan kewangan peribadi dengan lebih bijak seterusnya mengelakkan daripada terjebak dalam masalah kewangan dan pinjaman ceti haram. Pada akhir sesi turut diadakan semakan pinjaman melalui sistem online yang disediakan oleh pihak AKPK.