Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0011DSC 0031DSC 0047DSC 0060DSC 0129DSC 0134

SUBANG, 11 Jul 19 – Perbarisan Komander Pangkalan kali kedua yang diketuai oleh Mej Izran Hazry bin Malik TUDM dihadiri 115 pegawai, 138 anggota LLP serta 35 Kakitangan Awam telah diadakan bertempat di Padang Kawad Pangkalan.

Komander Pangkalan, Brig Jen Dato' Hj Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM turut menyempurnakan upacara pemakaian pangkat kepada 53 orang Anggota Lain-lain Pangkat, penyampaian hadiah bagi Pertandingan Mercu Tanda, Projek Bumi Hijau Rumah Keluarga Angkatan Tentera Peringkat Pangkalan dan penyerahan Sijil Khidmat Terpuji kepada 5 orang anggota.

Pertandingan Mercu Tanda dan Projek Bumi Hijau Rumah Keluarga Angkatan Tentera Peringkat Pangkalan dinilai dari 4 aspek iaitu kreativiti dan inovatif, penggunaan bahan kitar semula, keceriaan dan hiasan serta kekemasan dan kebersihan. Pemenang bagi pertandingan ini adalah AMQ F7 dan penghulu F7, PW U II Syed Firman Salimy bin Syed Affendy sebagai wakil telah menerima hadiah berupa wang tunai berjumlah RM1,000.

Selain itu juga, Komander Pangkalan telah mengarahkan agar setiap peringkat pegawai dan anggota utk membuat persiapan bagi menyertai Program Kecergasan Larian RMAF Challenge 2019 yang akan diadakan pada 27 Jul 19.