Kemaskini Terakhir: Isnin,26 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0170DSC 0187DSC 0201DSC 0217DSC 0228DSC 0240

SUBANG, 15 Jul 19 - Satu Lawatan Rasmi Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus Perolehan Dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang dipengerusikan oleh Tan Sri Ambrin bin Buang telah diadakan bertempat di Depoh Material Utama.

Dalam rangka lawatan selama dua jam ini, delegasi lawatan telah diberi taklimat oleh Pegawai Memerintah DMU, Kol Ahmad Nazri bin Nayan TUDM berkenaan ‘Automated Storage and Retrieval System (ASRS)’ di mana DMU merupakan satu-satunya unit di dalam TUDM yang menggunakan sistem tersebut.

Lawatan ini turut dihadiri oleh Dato’ Dr Mohd Tap bin Salleh, Tan Sri Dr Abdul Samad bin Alias, Datin Paduka Ong Swee Leng, Dato’ Samarajoo a/l Manikam, Dato’ Sri Akhbar bin Hj Satar serta Dr Zulqarnain bin Lukman sebagai ahli JKSTUPKK.

Delegasi lawatan juga dibawa untuk melihat demonstrasi tatacara kerja di DMU bermula daripada alatan di terima sehingga ke proses alatan disimpan di dalam gudang menggunakan ASRS. Selain itu juga, demonstrasi pengeluaran alatan menggunakan ASRS turut ditunjukkan.

Lawatan Rasmi tersebut juga turut dihadiri oleh Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM dan Brig Jen Zainal bin Abdul Manaf TUDM, Ketua Staf Khidmat MPBU sebagai wakil daripada TUDM.