Kemaskini Terakhir: Khamis,22 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 8648DSC 8679DSC 8723DSC 8911DSC 8923IMG20190705203012

GONG KEDAK, 5 Jul 19 – Pangkalan Udara Gong Kedak telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang yelah diadakan di Dewan Puteri Pangkalan. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Komander Pangkalan, Kol Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM dan Isteri, Puan Nilly Wahida binti Omar Sudi serta Pegawai Eksekutif, pegawai-pegawai, anggota bersama keluarga serta tetamu jemputan dari agensi-agensi Kerajaan dan swasta di sekitar Daerah Besut.

Majlis ini merupakan hasil gabungan koordinasi dan kerjasama dari semua pihak pangkalan dan kontraktor. Kemeriahan Majlis Hari Raya Aidilfitri disinari dengan dekorasi serta hiasan yang menarik dari semua sudut gerai serta pelbagai juadah dan hidangan yang disediakan.

Selain itu, majlis turut dimeriahkan lagi dengan persembahan dikir barat dari kumpulan Suara Udara PUGK dan pemberian duit Raya oleh Komander Pangkalan bersama Isteri kepada anak-anak warga pangkalan yang hadir pada majlis tersebut.