Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DGDSC 3066DSC 3090WhatsApp Image 2019 06 28 at 2.01.25 PMDSC 3104

SHAH ALAM, 26 Jun 19 – No 16 Skuadron, Pangkalan Udara Subang telah menganjurkan Program Jiwa Murni yang berkonsepkan kunjungan muhibbah di Bait Al Mawaddah, Pusat Jagaan Warga Emas Lembaga Zakat Selangor.

Majlis ini disambut meriah bersama anggota apabila warga pusat jagaan diraikan dengan tontonan video memaparkan peranan No 16 Skn dalam mempertahankan tanah air.

Pegawai Memerintah No 16 Skn, Lt Kol Anuar bin Ahmad TUDM turut berbesar hati untuk menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan diri dan makanan dari Masjid Pangkalan kepada warga pusat jagaan.

Dalam masa yang sama, anggota juga telah diberikan pendedahan tentang peranan dan kepentingan zakat yang disampaikan oleh wakil Lembaga Zakat Selangor.