Kemaskini Terakhir: Ahad,25 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

62611465 2327089484045351 6842392543347343360 n64270723 2327089287378704 6921146721544175616 n64278487 2327089590712007 1579192005097947136 n64305611 2327089364045363 6803498732559007744 n64566238 2327089140712052 1029833857936916480 n64666556 2327089410712025 3339285846565060608 n

KUALA LUMPUR, 16 Jun 19 - Brig Jen Dato' Johnny Loh Kok Kong TUDM, Timbalan AKS P&P berserta 114 anggota Kristian TUDM, 49 Veteran Kristian TUDM dan ahli keluarga telah menghadiri Sembahyang Khas sempena Hari Ulang Tahun TUDM yang ke 61 di Gereja Sacred Heart, Jalan Peel, Kuala Lumpur. Sembahyang Khas tersebut telah disempurnakan oleh Archbishop Julian Leow, Archbishop of Kuala Lumpur Archdiocese.

Anggota beragama Kristian TUDM dan keluarga yang terlibat adalah dari beberapa Pangkalan Udara di Semenanjung Malaysia. Selepas Sembahyang Khas tersebut, semua hadirin telah diraikan dengan jamuan makan tengah hari. Satu pameran khas juga telah diadakan dengan kerjasama pihak Sekretariat TUDM, Muzium TUDM dan Persatuan Scale Modellers Malaysia yang mempamerkan model-model pesawat TUDM.

Pameran tersebut telah mendapat sambutan yang sangat baik dari warga Gereja Sacred Heart. Selain dari meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap fungsi dan kepentingan TUDM kepada negara, pameran tersebut juga telah berjaya mengerat serta memperkukuh hubungan TUDM dengan masyarakat setempat.