Kemaskini Terakhir: Sabtu,24 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1. DSC 0062 1575x10503. DSC 8431 1574x10504. DSC 0078 1575x10505. DSC 0091 1575x10506. DSC 0173 1575x10507. DSC 0121 1575x105010. DSC 0247 1575x105011. DSC 0273 1575x1050

BEIRUT, LUBNAN, 1 Jun 19 - Sambutan Hari Ulang Tahun TUDM Ke-61 yang diadakan di Kem Ma’rakah UNP 2-1, Selatan Lubnan telah berlangsung dengan meriah dan bersejarah pada 1 Jun 19. Ketua Kontinjen TUDM iaitu Lt Kol Mohd Omar bin Mohd Yusof TUDM bersama-sama dengan pihak pengurusan tertinggi Malaysian Battalion (MALBATT) 850-6 hadir semasa perbarisan tersebut.

Perbarisan diketuai oleh Mej Mohd Fareed bin Ahmad TUDM dan disertai 91 orang terdiri dari pegawai dan anggota TUDM. Dalam perbarisan tersebut, Ketua Kontinjen TUDM telah mengambil tabik hormat serta memeriksa perbarisan sebelum membaca perutusan sempena HUT TUDM Ke-61 dengan tema ‘Kuasa Udara, Kepentingan Nasional’.

Kontinjen TUDM kali ini telah mencipta sejarah dengan memakai baju celoreng digital TUDM yang baharu bagi meraikan HUT TUDM di dalam kawasan misi dan operasi di Negara Lubnan. Turut diserikan dengan majlis pelancaran patch Kontinjen TUDM MALBATT 850-6 oleh Komander MALBATT 850-6. Setelah selesai acara perbarisan, ianya diteruskan lagi dengan Solat Dhuha, bacaan Yasin dan doa selamat serta diakhiri dengan majlis berbuka puasa di Masjid Kawkaba yang turut dihadiri oleh Duta Malaysia ke Lubnan, TYT Dato Mohd Aznor bin Mahat, Komander MALBATT dan para pegawai jemputan yang lain.