Kemaskini Terakhir: Sabtu,24 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 3997DSC 4022DSC 4043DSC 4049DSC 4064DSC 4073

GONG KEDAK, 31 Mei 19 - Wakil Komander Pangkalan, Lt Kol Wan Zainal Abidin bin Wan Yaacob TUDM, Pegawai- Eksekutif, Pegawai-pegawai dan Anggota Lain-lain Pangkat serta penduduk kampung sekitar Pangkalan Udara Gong Kedak menunaikan solat Jumaat dan mendengar Khutbah Khas Sempena Hari Ulang Tahun Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) yang ke-61 di Masjid Ar-Raudhah Pangkalan Udara Gong Kedak.

Khutbah Jumaat dibacakan oleh Pegawai Agama Pangkalan, Mej Anuar bin Mat Zain yang bertajuk “Kuasa Udara, Kepentingan Nasional” yang mana mengajak jemaah untuk mensyukuri terhadap keamanan yang dikurniakan Allah S.W.T melalui keteguhan serta kesiapsiagaan TUDM dalam menentukan kedaulatan Ruang Udara Negara dan kedaulatan Negara sentiasa terpelihara.dari sebarang ancaman, pencerobohan atau diganggu gugat oleh pihak musuh. Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun TUDM ke -61 ” KUASA UDARA , KEPENTINGAN NASIONAL”