Kemaskini Terakhir: Ahad,25 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 8d8d030b 069a 451a 931c 7814fbd5446b8e7d1d89 6ec2 4efd ac72 53686526d03096fc2ab9 69d4 47b9 8f77 fb26409ca1d4

KUALA LUMPUR, 30 Mei 19 - Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) telah mengadakan majlis pemakaian pangkat kepada dua orang anggotanya bertempat di Bilik Mesyuarat MPOU yang disempurnakan oleh Ketua Staf MPOU, Mej Jen Dato’ Muhamad Norazlan bin Aris TUDM.

Anggota yang dinaikkan pangkat adalah Sjn U Muhammad Hud bin Abd Rahman dinaikkan pangkat Pemangku F/Sjn dan Kpl U Mohd Saiful bin Md Shah yang dinaikkan pangkat Pemangku Sjn U.

KS MPOU mewakili seluruh warga MPOU mengucapkan tahniah di atas pemakaian pangkag kedua-dua anggota tersebut dan berharap agar kedua-dua anggota terus mempamirkan mutu kerja yang lebih baik seiring dengan pangkat yang disandang. Beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Hari Raya maaf zahir dan batin, selamat bercuti dan berhari-hati di jalan raya. Turut hadir dalam majlis pemakaian pangkat tersebut ialah pegawai-pegawai kanan serta seluruh anggota MPOU.