Kemaskini Terakhir: Ahad,25 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0243DSC 0245DSC 0260DSC 0261DSC 0266 

 

BUKIT IBAM, 22 Mei 19 - Sekolah Latihan Tempur TUDM Bukit Ibam telah mengadakan Program Ziarah Kebajikan Anggota TUDM sempena Ramadhan dan raya yang bakal tiba dengan kerjasama Persatuan BAKAT SLTT. Program ini telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah SLTT, Lt Kol Jafridin bin Bahari TUDM dan turut disertai oleh Timbalan Pengerusi BAKAT, Pn Annura binti Anuar, Biro Kebajikan BAKAT SLTT, Pn Habibah bt Suid dan ahli BAKAT yang lain.

Program ziarah yang diadakan adalah bagi menyampaikan peruntukan bantuan Aidilfitri oleh Tabung Kebajikan TUDM dan sumbangan daripada pihak SLTT itu sendiri kepada balu anggota TUDM yang berada tidak jauh dari Sekolah Latihan Tempur TUDM Bukit Ibam seperti di kawasan Muadzam Shah, Kemayan dan Segamat, Johor.

Senarai penerima sumbangan Aidilfitri dari SLTT.
1. Pn Parama A/P Narayanan, balu kepada Mendiang KPL U Prakash A/L Pathmanapan di Bukit Siput, Segamat, Johor.
2. Pn Norhaza Binti Hussin, balu kepada Mendiang KPL U Maidi bin Dahdi di Kampung Bapak, Kemayan Pahang.
3. Pn Rozahaida binti Abd Rahim, balu kepada Allahyarham KPL U Hasnan Hanif bin Yunus di Desa Melor, Muadzam Shah, Pahang.

Pemberian sumbangan dan lawatan ini berjalan selama dua hari iaitu pada 21 Mei 19 di Segamat dan 22 Mei 19 di Kemayan dan Muadzam shah. Diharapkan agar sedikit sebanyak sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga balu tersebut dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya yang bakal tiba.