Kemaskini Terakhir: Isnin,26 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 COCE7506DOYQ6729KJNB1217SNKS6578

POHON BATU, 13 MEI 19 – Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) Skn 340, The Chimney telah menjalankan satu demonstrasi ke atas projek KIK, Spectra-Comm iaitu Long Range Spread Spectrum Low Power Communication buat julung kalinya bersama penduduk setempat di Kampung Pohon Batu.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kg. Pohon Batu, Encik Zulkifli bin Abdullah dan warganya telah diberi penerangan dan peluang untuk menguji Spectra-Comm yang dicipta khas untuk perhubungan tanpa wayar yang membolehkan telefon pintar menghantar SMS dan lokasi GPS tanpa memerlukan jaringan internet mahupun talian telefon. Hasil daripada demonstrasi ini amatlah positif dan mendapat pengiktirafan serta boleh disebar luas penggunaannya kepada nelayan di kamung tersebut.

Ketua kumpulan The Chimney, Mej Mohd Haziq Izzat bin Sulaiman TUDM akan membawa projek ini untuk dipertandingkan di peringkat TUDM dan juga Kementerian Pertahanan pada tahun ini. Program ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya.