Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2019 05 19 at 20.48.40WhatsApp Image 2019 05 19 at 20.48.41 1WhatsApp Image 2019 05 19 at 20.48.41 2WhatsApp Image 2019 05 19 at 20.48.41

SUBANG, 18 Mei 19 - AJK Imarah Masjid PU Subang dan AJK Agama BAKAT PU Subang telah menganjurkan Kuliah Dhuha untuk Muslimat bagi tahun 2019 sempena Ihya’ Ramadhan yang bertajuk Ramadhan Muhasabah Tarbiyyah Keluarga bertempat di ruang solat utama Masjid PU Subang.

Kuliah tersebut telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Al-Fadhilah Ustazah Asmak bt Husin. Antara aktiviti yang turut dilaksanakan ialah Solat Sunat Tahiyyatul Masjid, Solat Sunat Dhuha, Solat Sunat Tasbih, Kuliah Dhuha dan agihan bubur lambuk kepada peserta yang hadir.

Kuliah berakhir dengan sesi pemberian cenderahati kepada penceramah jemputan yang telah disempurnakan oleh Datin Hjh Siti Norlela bt Alwi selaku Pengerusi BAKAT PU Subang dan juga sesi bergambar. Turut hadir dalam kuliah ini adalah AJK dan ahli BAKAT Subang serta ahli BAKAT daripada MTU dan MPOU.