Kemaskini Terakhir: Khamis,22 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 DSC 0343DSC 0385DSC 0388DSC 0393DSC 0410DSC 0469

GONG KEDAK, 30 Apr 19 – Perbarisan Bulanan Komander Pangkalan telah diadakan di Padang Kawad Pangkalan Udara Gong Kedak. Perbarisan telah dihadiri seramai 45 Pegawai dan 250 Anggota Lain-lain Pangkat yang diketuai oleh Mej Mohd Zamzami bin Md Zahir TUDM dan Pegawai Waran Perbarisan, PW U I Mohd Shaiful Aidy bin Ramli.

Dalam majlis tersebut Komander Pangkalan, Kol Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat kepada 30 anggota yang terdiri daripada 3 Pegawai dan 27 Anggota Lain-lain Pangkat dari pelbagai ketukangan.

Tahniah diucapkan kepada anggota yang baru dinaikkan pangkat semoga dengan kenaikan pangkat pada tahun ini akan memberi semangat kepada anggota untuk terus meningkatkan prestasi kerja serta berusaha gigih dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan.