Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 DSC 3975DSC 3995DSC 4055

KUCHING, 23 Apr 19 - Pejabat Agama Pangkalan telah menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Pangkalan Udara Kuching bertempat di Dewan Surau Amru Al-Ash Kuarters TUDM Batu 10.

Majlis ini telah mengetengahkan 4 kategori pertandingan iaitu kategori Pegawai, Qari LLP, Qariah LLP/BAKAT dan kategori kanak-kanak. Seramai 22 peserta yang mengambil bahagian dalam majlis tilawah kali ini.

DSC 4040DSC 4089DSC 4094

Dalam majlis tersebut, Mej Ridzuan bin Saeidin TUDM daripada Cawang Tadbir telah dinobatkan sebagai Johan bagi Kategori Pegawai. Bagi Kategori Qari LLP pula, Johan disandang oleh Kpl U Ameer Fahim bin Zainal Abidin daripada No 1 Skn. Manakala Kategori Qariah LLP/BAKAT, Johan disandang oleh Puan Norhajliza binti Ramli daripada Cawang Tadbir dan adik Muhammad Naza Khushairi bin Muhammad Naza Firdaus dinobatkan sebagai pemenang bagi Kategori Kanak-kanak.

Majlis penutup Tilawah Al-Quran ini telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Masro bin Kaliwon TUDM. Turut hadir Pegawai-pegawai Memerintah dan Ketua Cawang.