Kemaskini Terakhir: Khamis,22 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 IMG 20190430 WA0015IMG 20190430 WA0017IMG 20190430 WA0024

KULIM, 28 Apr 19 – Wakil dari No 3 Skn PU Butterworth diketuai oleh Mej Mohd Ariffaizi bin Omar TUDM, wakil dari No 22 Skn PU Subang Kapt Mohamad Ridhwan bin Yahaya TUDM dan wakil dari INSPEN 1, Kolej Tentera Udara diketuai oleh Mej Mohd Syamsul bin Mohd Yusop TUDM dengan kekuatan keseluruhan seramai 10 anggota telah dijemput untuk menjayakan Hari Kerjaya yang dianjurkan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Baling. Hari Kerjaya ini melibatkan seramai 920 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Baling.

IMG 20190430 WA0020IMG 20190430 WA0022IMG 20190430 WA0023

Dalam aturcara program ini, wakil daripada pihak TUDM turut diberikan slot untuk memberikan ucapan motivasi dan seterusnya merangsang para pelajar untuk menyertai Tentera Udara Diraja Malaysia khususnya, Angkatan Tentera Malaysia amnya.

IMG 20190430 WA0016IMG 20190430 WA0019IMG 20190430 WA0025

Pengetua SMK Baling, Pn Hjh Zahara turut mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbiran No 3 Skn PU Butterworth, No 22 Skn PU Subang dan INSPEN 1 Kolej Tentera Udara, terutamanya Pegawai Memerintah Skuadron kerana memberikan pelepasan kepada anggota untuk datang dan menyempurnakan program tersebut. Program seperti ini diharap akan dapat diteruskan lagi supaya dapat merapatkan hubungan di antara pihak Tentera Udara Diraja Malaysia dan agensi awam.