Kemaskini Terakhir: Ahad,25 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 IMG 20190427 WA0010IMG 20190427 WA0016IMG 20190427 WA0012IMG 20190427 WA0025IMG 20190427 WA0026IMG 20190427 WA0009

BANTING, 26 Apr 19. Seramai 6 pegawai dan 98 anggota daripada pelbagai tred dalam TUDM telah berjaya menamatkan latihan teori dan praktikal Force Intergration Training (FIT) MALBATT 850-7 peringkat TUDM di Rejimen TUDM, Jugra. Antara latihan yang dijalankan ialah Latihan Renang, Latihan Menara, Latihan Pengasingan, Latihan Mendaki Bukit Jugra, Latihan PT pagi/malam, Latihan Ujian Ketabahan, Latihan Menembak dan Latihan Jalan Lasak 12km. Latihan FIT ini telah bermula pada 1 Apr 19 dan tamat pada 26 Apr 19.

Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup FIT MALBATT 850-7 (TUDM) telah disempurnakan oleh Lt Kol Sahhidan bin Arshad TUDM, Pemangku Pegawai Memerintah di Dewan Makan Mess Ahli Udara, Rejimen TUDM. Majlis turut dihadiri oleh Lt Kol Abdul Hadi bin Abdullah TUDM, Ketua Sel SSR dan Lt Kol Mohd Shafik bin Saadun TUDM, Ketua Tim Kontinjen MALBATT 850-7.