Kemaskini Terakhir: Ahad,18 Ogos 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

57703324 2228046890616278 2032084018559713280 n57485930 2228046673949633 7174691577468551168 n57190401 2228047003949600 929359519023104000 n

Bukit Tinggi, 19 Apr 19 - Seramai 24 orang pegawai TUDM berpangkat Mej TUDM dan ke bawah dari pelbagai cawang telah berjaya menamatkan Kursus Penghayatan Kepimpinan Islam Pegawai TUDM yang telah diadakan pada 17 hingga 19 Apr 19 bertempat di Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (i-KPKT), Bukit Tinggi, Pahang.

Secara keseluruhan, objektif penganjuran kursus ini adalah untuk menerapkan konsep kepimpinan berasaskan islam yang berhikmah dan bijaksana di kalangan para pegawai TUDM.

Selain itu, penganjuran kursus ini juga mensasarkan peningkatan kecemerlangan diri melalui kesedaran terhadap kepentingan kepimpinan serta pemantapan rohani, fizikal dan mental.

Majlis penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh YBhg Brig Jen Dato' Ahmad bin Abd Rahman TUDM ; Asisten Ketua Staf Tadbir dan disaksikan oleh Pegawai Staf 1 Agama MTU, Lt Kol Hj Mat Sukri bin Hj Yunus dan Ketua Penolong Setiausaha Cawangan Pengurusan Psikologi, Tuan Haji Zakaria bin Zawawi serta semua barisan urusetia penganjur kursus.

Syabas kepada semua peserta terlibat.