Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Ogos 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0100DSC 0119DSC 0273DSC 0523DSC 8766DSC 9018

 

GONG KEDAK, 11 Apr 19 – Pemeriksaan Tahunan Audit IJTU yang diketuai oleh Inspektorat Jeneral, Brig Jen Felix Gonsalves a/l S.Alexander TUDM telah diadakan mulai 8 hingga 11 Apr 19 di Pangkalan Udara Gong Kedak.

Ketibaan Tim Audit Pemeriksaan IJTU telah disambut oleh Komander Pangkalan, Kol Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM serta Pegawai Eksekutif Pangkalan. Pemeriksaan ini bertujuan untuk menyelaras keperluan dan logistik dalam melaksanakan audit pematuhan keselamatan, kesiagaan dan pengurusan.

Dalam rangka lawatan, Inspektor Jeneral TUDM telah menandatangani Buku Lawatan dan seterusnya ke bilik mesyuarat no 11 Skuadron untuk sesi taklimat Pra-Audit kepada ketua dan tim pemeriksaan oleh Pegawai Laksana Pangkalan.

Beliau juga turut membuat pemeriksaan ke Skuadron 321, Cawang Jasmani, TS/OLA, Pusat Servis Teknikal, Pusat Simulator SU-30MKM, KOMATRA dan Terminal Peluru 4. Selain itu, beliau juga telah membuat penilaian ‘Banner’ dan Sudut Keselamatan di setiap Skuadron/Cawang sempena Bulan Keselamatan Pangkalan.