Kemaskini Terakhir: Ahad,18 Ogos 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

20190408 10464620190408 104834IMG 20190408 WA0010

KUALA LUMPUR, 8 Apr 19 – Sel Kebajikan, Cawangan Perkhidmatan, Markas Tentera Udara telah membuat lawatan kebajikan kepada ahli keluarga Kpl U Shukor bin Taib di Kuarters Desa Angkasaraya, Pangkalan Udara Kuala Lumpur.

Pengarah Perkhidmatan, Kol Mohd Khair bin Shaari TUDM yang mewakili AKS Tadbir telah mengkoordinasi lawatan tersebut untuk melawat Mohamad Adam Mikhail bin Shukor yang terlantar akibat menghidap Cerebral Palsy.

Pengarah Perkhidmatan telah menyampaikan sumbangan dari Tabung Kebajikan TUDM dan Kelab Sukan Sosial Kebajikan ATM (KSSKA) berbentuk lampin pakai buang dan susu untuk kegunaan Mohamad Adam.

Turut hadir PS 2 Kebajikan, Mej Siti Norfadilah binti Omar TUDM, PS 2 Tadbir MPBU, Mej Faisal bin Yazan TUDM dan PS 3 Khidmat Teknikal MPBU, Kapt Muhammad 'Amru bin Azmi TUDM. Seluruh warga TUDM mendoakan semoga Allah sentiasa memudahkan semua urusan harian dan rawatan Adik Mohamad Adam Mikhail.