Kemaskini Terakhir: Ahad,18 Ogos 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

13478

KUALA LUMPUR, 22 Mac 19 - Markas Tentera Udara Bahagian Tadbir, Cawangan Perkhidmatan melalui Sel Kebajikan TUDM dan Sel Pendidikan dengan kerjasama Koperasi Tentera telah menganjurkan program taklimat produk kebajikan ATM kepada warga MATRA 1 bertempat di Dewan Angkasaraya, Pangkalan Udara Kuala Lumpur.

Program dimulakan dengan taklimat Bantuan Kebajikan Kepada Anggota TUDM dan Waris yang disampaikan oleh PS 2 Kebajikan, Mej Siti Norfadilah binti Omar TUDM diikuti dengan dialog produk pendidikan ATM bersama PS 2 Pendidikan, Mej Erleiana Etie binti Mohd Roslan. Seterusnya taklimat produk kebajikan Koperasi Tentera telah disampaikan oleh Eksekutif Kanan Pembangunan Perniagaan Wilayah Tengah, Cik Nurul Huda binti Ab Maulod.

Koperasi Tentera Cawangan Wangsa Maju turut membuka kaunter khas selepas sesi taklimat bagi memudahkan warga MATRA 1 membuat semakan dan dokumentasi secara langsung.

Turut hadir Ketua MATRA 1, Mej Hj Fauzaman bin Othman TUDM yang berharap dapat meningkatkan kesedaran dan pemahaman warga MATRA 1 mengenai bantuan kebajikan yang boleh dimanfaatkan oleh anggota ATM dan waris.