Kemaskini Terakhir: Jumaat,24 Mei 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

9a11923d 1692 4e19 9c33 989d38c74057787523d9 29fd 44e4 8e78 17cff8ad9664a0e1ed58 ba7e 42c5 b123 e2f65be3a50ab5e4323a 964b 4842 9f69 e67df30f47f5d5e99529 2ef8 4846 8349 2283e4d4fe03d507bc14 0362 4826 b1e5 bc033861c6bdf8a97491 0fa8 4035 a8e7 851ed4bcf946fed4c49d b769 4d5e 959f 695ecde72f84

SEREMBAN, 7 Mac 19 – Sel Kerjaya dan Pengambilan (K&P)-Bahagian Sumber Manusia (BSM) telah mengadakan Pemilihan Awal Perajurit Muda (PJM) Udara Lelaki Siri 61/19 bagi Zon Selatan pada 5 dan 7 Mac 19.

Pemilihan awal yang diadakan di 501 AW Kem Tebrau, Johor dan Kem Rasah, Seremban melibatkan calon awal seramai 596 orang. Calon-calon tersebut merupakan calon yang telah mendaftar dan memohon di laman web Kerjaya dan Pengambilan TUDM dan berjaya dalam tapisan awal.

Antara pemeriksaan yang dilalui oleh calon-calon tersebut adalah Pemeriksaan Fizikal, Pemeriksaan Ketinggian dan Berat, Ujian Tahap Penglihatan, Ujian Kecergasan Jasmani dan Pemeriksaan Dokumen. Sesi pemilihan akhir pula dijangka akan diadakan pada pertengahan bulan Jun 19.