Kemaskini Terakhir: Sabtu,24 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0139DSC 0142DSC 0151DSC 0155DSC 0164DSC 0166DSC 0169DSC 0171DSC 0177DSC 0185DSC 0189DSC 0190

SUBANG, 4 Mac 19 - Brigadier Jeneral Jeremy C. Horn, Commander of the Washington Air National Guard (WA ANG) telah melakukan lawatan ke Pusat Penyelidikan dan Latihan Simulator G (PULLS-G) di Pangkalan Udara Subang hari ini.

Lawatan ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi kerjasama dua hala di antara Washington Air National Guard dan TUDM di masa hadapan. Ketibaan Brigadier Jeneral Jeremy C. Horn dan delegasi telah disambut oleh Pemangku Komander Pangkalan, Kol Mohd Azwan bin Pohari TUDM di Balai Pengawal Utama dan seterusnya dibawa untuk memeriksa kawalan suku yang disediakan oleh pangkalan.

Seterusnya delegasi dibawa untuk sesi taklimat dan lawatan terhadap fasiliti yang terdapat di PULLS-G. Taklimat berkenaan peranan dan tanggungjawab PULLS-G telah diberikan oleh Kol Dr Mazdy bin Hj Ismail. Lawatan diakhiri dengan sesi bertukar cenderamata di antara kedua-dua pihak.