Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Ogos 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 photo6321209996284635411photo6321209996284635412photo6321209996284635414photo6321246018175346778photo6323316145167378574

 

KUCHING, 28 Feb 19 - Markas Wilayah Udara 2 telah mengelolakan Kursus Asas Pengendalian Peralatan Maritim dengan menggunakan tenaga pengajar dari No 16 Skn ini telah dilaksanakan dengan jayanya di No 1 Skn, PU Kuching pada 27 dan 28 Feb 19. Objektif utama latihan ini adalah untuk memastikan anakapal pesawat angkut yang ditugaskan membuat operasi maritim yang dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan. Ini adalah penting untuk menjamin kesiagaan aset dan anak kapal berada di tahap yang terbaik.


Latihan yang disertai seramai 24 orang anak kapal pesawat CN235 dan empat orang anak kapal pesawat C130H ini dibahagikan pada dua fasa utama. Fasa pertama iaitu fasa teori berlangsung di bilik taklimat No 1 Skuadron manakala fasa kedua iaitu fasa praktikal dilaksanakan semasa penerbangan sebenar melalui misi penerbangan Trilateral Air Patrol (TAP).


Penerbangan TAP kali ini turut disertai wakil ‘Combine Maritime Patrol Team’ (CMPT) dari Negara Filipina. Misi TAP kali ini diterbangkan oleh Kapt Mohamad Hafiz bin Samsudin TUDM merangkumi kawasan rondaan sekitar perairan negara Filipina dan Indonesia. Sesi praktikal ini dikhaskan untuk peserta ‘Air Quartermaster’ No 1 Skn dan 14 Skn bagi memastikan teknik-teknik yang telah diajar dilaksanakan mengikut tatacara dan prosedur yang tepat.