Kemaskini Terakhir: Sabtu,24 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 DSC 5662DSC 5686DSC 5696DSC 5702DSC 5716DSC 5732DSC 5779DSC 5816

 

SUBANG, 27 Feb 19 - Pejabat Agama Pangkalan anjuran bersama Masjid Pangkalan Udara Subang telah mengadakan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Pangkalan Udara Subang bermula 26 hingga 27 Feb 19.

Majlis ini telah mengetengahkan 5 kategori pertandingan iaitu Qari/Qariah Pegawai, Qari LLP, Qariah LLP/BAKAT, Qari/Qariah kanak-kanak dan Kategori Hafazan Terbuka. Seramai 35 peserta yang mengambil bahagian dalam majlis tilawah kali ini.

Bagi kategori pegawai, Johan di sandang oleh Kapt Hamdi bin Ahmad Hanafiah TUDM daripada No. 16 Skn, tempat kedua jatuh kepada Lt M Mohd Ibrahim bin Hanafiah TUDM daripada PPQH manakala tempat ketiga disandang oleh Kapt Mohd Khairul Izwan b Nawawi TUDM daripada INSTAR. Bagi kategori Qari LLP pula, Johan disandang oleh LU I Mohd Syukri b Ismail daripada MATRA 2, tempat kedua jatuh kepada Kpl U Muhd Aminuddin b Che Razali daripada Cwg Tadbir dan tempat ketiga di sandang oleh Sjn U Mohd Fadhli b Mohd Khamis daripada Cwg Operasi. Manakala kategori Qariah BAKAT, johan disandang oleh Puan Rogayah bte Hamzah daripada INSTAR. Tempat kedua jatuh kepada Puan Noorfaezah bt Saidon daripada Cwg Materiel manakala tempt ketiga jatuh kepada Puan Haslin bt Ismail daripada pelajar Muslimah PPQH. Johan bagi ketiga-tiga kategori ini akan mewakili PU Subang ke Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Zon Tengah yang akan datang.

Untuk kategori lain iaitu kategori kanak-kanak, johan disandang oleh adik Muhd Shahid Akmal b Shahidan, tempat kedua disandang oleh adik Norrul Izzati bt Mohd Nor Lizam dan tempat ketiga jatuh kepada adik Sufiyatul Husna by Shahidan. Manakala kategori hafazan tebuka, johan disandang oleh adik Nur Suraiya Hani bt Yusri, tempat kedua oleh adik Mohd Izzul Muqri b Hassan Ashaari dan tempat ketiga disandang oleh adik Puteri Annur Nabiatul Husna.

Majlis penutup Tilawah Al-Quran ini telah disempurnakan oleh Kol Mohd Azwan b Mohd Pohari TUDM, Pemangku Komander Pangkalan merangkap Nazir Masjid PU Subang. Turut hadir Pegawai-pegawai Memerintah dan Ketua Cawang.