Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 SHA 6064SHA 6068SHA 6076SHA 6080SHA 6084SHA 6097SHA 6112SHA 6116

 

KUALA LUMPUR, 26 Feb 19 - Brig Jen Dato' Ahmad bin Abd Rahman TUDM, Asisten Ketua Staf Tadbir merangkap Ahli Jawatankuasa Pegawai Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan Angkatan Tentera (KSSKA) TUDM telah menyempurnakan majlis penyerahan cek KSSKA kepada Pegawai Staf 1 Tadbir, Pegawai Staf 2 Tadbir, Ketua Cawang Tadbir dan wakil Ketua Cawang Tadbir dari 19 unit penerima di Bilik Mesyuarat MTU - Infra Bina, Pangkalan Udara Kuala Lumpur.
Sumber peruntukan KSSKA adalah dari hasil kutipan yuran ahli, sumbangan asas dan geran sepadan dari Kerajaan yang diagihkan mengikut kekuatan setiap Markas/Pangkalan/Unit TUDM. Selain itu, peruntukan KSSKA ini dimanfaatkan untuk penganjuran aktiviti Sukan, Sosial, Kebajikan, Agama dan BAKAT di peringkat Markas/Pangkalan/Unit TUDM. Semoga penganjuran semua aktiviti yang menggunakan peruntukan KSSKA ini membantu mengeratkan ukhuwah sesama warga TUDM.