Kemaskini Terakhir: Isnin,26 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 DSC 0099DSC 0136DSC 0139

 

KUALA LUMPUR, 27 Feb 19 - Seramai 6 orang Anggota Kerahan Sepenuh Masa telah diserapkan ke Angkatan Tetap setelah mengangkat sumpah penyerapan di satu majlis yang diadakan di Ruang Legar Lembaga Sukan PUKL pada petang semalam.

Anggota yang terlibat adalah Kpl U Muhamad Izlan Shah bin Mohd Redzuan, Kpl U Mohd Hassan Salman bin Mohd Zahari, Kpl U Mohd Nor Azizi bin Muhamed, Kpl U Muhamad Yusof bin Muhamad Nawawi, Kpl U Mohamad Fairus Shah bin Safaudin dan Jaya Raman a/l Selvakumar

Pegawai Staf 2 Pengambilan, Mej Ahmad Sanusi bin Ali TUDM selaku Pegawai Angkat Sumpah memulakan acara angkat sumpah disaksikan oleh AKS Tadbir, Brig Jen Ahmad bin Abd Rahman TUDM. Turut hadir di majlis ini Pegawai Memerintah Rejimen Jugra, Kol Hj Khalil bin Mohd Ali TUDM dan Komander Pangkalan Udara Kuala Lumpur, Kol Mohamad Noh bin Daim TUDM.

Markas ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua anggota LLP Kerahan Sepenuh Masa PSSTUDM yang telah berjaya diserapkan ke angkatan tetap TUDM.