Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Ogos 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 123456789101113

SUBANG, 21 Feb 19 – Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara, YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang Puan Sri Hjh Tengku Muhaini bte Sultan Hj Ahmad Shah bersama-sama ahli-ahli BAKAT Udara di sekitar Lembah Kelang telah meraikan kedatangan Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM, Puan Sri Datin Seri Hajah Rusnah binti Haji A. Rahman sempena lawatan beliau ke Rumah BAKAT Udara di Pangkalan Udara Subang. Lawatan ini merupakan yang pertama bagi Puan Sri Hajah Rusnah semenjak beliau mengambil alih tugas pada Jun 2018.

Dalam ucapan aluan Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Sri Hajah Rusnah atas lawatan pada ini dalam usaha mengukuhkan kesepaduan sedia ada di kalangan warga BAKAT.

Dalam rangka lawatan, Puan Sri Hajah Rusnah turut dibawa melihat kawasan sekitar Rumah BAKAT Udara sambil melihat hasil kraftangan yang dihasilkan oleh ahli BAKAT Udara sebelum ke Majlis 'Hi-Tea'.