Kemaskini Terakhir: Khamis,22 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 9076IMG 9077IMG 9079IMG 9080IMG 9081IMG 9082

 

SUBANG, 16 Feb 19 - BAKAT Udara PU Subang telah menganjurkan Kursus Pemantapan Imej, Protokol dan Etiket Diri yang disertai seramai 87 ahli BAKAT Udara bertempat di Dewan Wisma Perwira, PU Subang.

Kursus ini dikelolai oleh Ketua Biro Resepsi BAKAT PU Subang iaitu Pn Faradilla bt Zainol Abidin. Tenaga pengajar bagi kursus ini adalah jemputan khas dari Istana Negara iaitu Pegawai Istiadat Istana Negara Tuan Hj Sophian bin Ab Rahman.

Program yang dianjurkan ini bukan sahaja bermanfaat kepada semua ahli BAKAT tentang memperlajari ilmu protokol iaitu majlis rasmi atau majlis di istana, malahan ia memberi pendedahan kepada ahli BAKAT yang hadir mengenai cara yang betul untuk bercakap dan berinteraksi bersama orang kenamaan dan orang biasa. Kursus yang dianjurkan ini telah berjalan dengan lancar dan diakhiri dengan pemberian cenderahati kepada pengajar dan sedikit jamuan.