Kemaskini Terakhir: Jumaat,23 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 DSC 9623DSC 9697DSC 9722DSC 9797DSC 9802DSC 9809DSC 9838DSC 9991DSC 9996

 

GONG KEDAK, 15 Feb 19 - Mesyuarat Agong Tahuanan BAKAT Pangkalan Udara Gong Kedak telah berlangsung di Dewan Puteri PU Gong Kedak. Mesyuarat tersebut dihadiri seramai 480 orang ahli BAKAT dan dirasmikan oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Rozainy bin Ahmad Rapiee @ Ahmad Rofie TUDM. Turut dihadir sama Pengerusi BAKAT Pangkalan Puan Rosniza binti Md Yusoff, Penasihat BAKAT Pangkalan, Lt Kol Badrul Hisyam bin Mohd Noor TUDM danPegawai BAKAT Pangkalan, Lt Nurnadirah binti Ahmad Zaimi TUDM.

Komander Pangkalan juga telah menyampaikan sijil penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa BAKAT bagi sesi 2018. Mesyuarat Tahunan BAKAT telah dipengerusikan oleh Pengerusi BAKAT PU Gong Kedak, Puan Rosniza binti Md Yusoff. Antara agenda mesyuarat ialah mengesahkan dan meluluskan minit mesyuarat, membincangkan perkara-perkara berbangkit, pembentangan laporan kewangan oleh bendahari BAKAT serta membentangkan aktiviti-aktiviti BAKAT yang dijalankan sepanjang tahun 2018.

Selain itu, mesyuarat ini dijalankan untuk melantik Ahli Jawatankuasa BAKAT yang baru bagi menerajui BAKAT Udara PU Gong Kedak bagi tahun 2019. Mesyuarat juga membentangkan perancangan dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti bagi tahun 2019 serta perlantikan Pegawai BAKAT Pangkalan baru sesi 2019 iaitu Lt Sharifah Shahirah Yusni binti Mohd Yusoff TUDM¬. Turut diadakan pada sesi akhir iaitu Cabutan Bertuah kepada Ahli-ahli BAKAT Pangkalan Udara Gong Kedak yang hadir pada mesyuarat pada kali ini.