Kemaskini Terakhir: Sabtu,17 Ogos 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 DSC 7939DSC 8000DSC 8070JUARA KESELURUHANNAIB JUARA KESELURUHANDSC 8096DSC 8106DSC 8075DSC 8108DSC 8124DSC 8182

 

GONG KEDAK, 1 Feb 19 - Majlis Penutup Karnival Kejohanan Sukan 2018 Antara Seksyen telah berlangsung di Padang Bola Sepak, Pangkalan Udara Gong Kedak. Kejohanan tahunan ini melibatkan 7 pasukan yang bertanding iaitu No 11 Skuadron, Cawang Kejuruteraan, Skuadron Bantuan Operasi, Skuadron 321, Cawang Material, Cawang Tadbir/Provos dan turut terlibat Gabungan Kontraktor.

Kejohanan edisi kali ini telah bermula secara rasminya pada 16 Jan 18 hingga 29 Nov 18 melibatkan 15 acara sukan iaitu Futsal, Hoki, Petanque, Ragbi, Badminton, Bola Sepak, Lumba Basikal, Sepak Takraw, Tennis, Ping Pong, Bola Tampar, Squasy, Bola Jaring, Bola Keranjang dan Lawn Bowls.
Keputusan Keseluruhan bagi Pertandingan Kejohanan Sukan Antara Seksyen di Pangkalan Udara Gong Kedak Tahun 2018 ialah:

JOHAN - No 11 Skuadron
NAIB JOHAN - Cawang Kejuruteraan
Ke - 3 - Cawang Materiel
Ke - 4 - Gabungan Kontraktor
Ke - 5 - Skuadron Bantuan Operasi
Ke - 6 - Cawang Tadbir/Provos
Ke - 7 - Skuadron 321

Bagi sukan Bola Jaring wanita antara dua negeri Johan telah dimenangi dari Negeri Terengganu dan Naib Johan dari Negeri Kelantan. Kejohanan ini merupakan salah satu platform untuk mencungkil bakat sukan di kalangan warga Pangkalan Udara Gong Kedak dan seterusnya dapat diketengahkan sehingga ke peringkat Pangkalan, ATM dan peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Ternyata setiap pasukan telah mempamerkan semangat kesukanan, perjuangan dan kerjasama yang tinggi. Ini ditambah dengan sokongan padu daripada penyokong setiap pasukan sekaligus membakar semangat kesukanan dalam setiap kejohanan yang berlangsung sepanjang tahun 2018.

Penyampaian Piala Pusingan dan Hadiah Karnival Sukan Bagi Tahun 2018 serta merasmikan Penutup Karnival Sukan 2018 telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan, Kol Rozainy bin Ahmad Rapiee @ Ahmad Rofie TUDM dan seterusnya merasmikan Karnival Sukan 2019 dengan sepakan bola sepak sebagai gimik pembukaan Karnival Sukan 2019 serta pembukaan sepak mula perlawan Bola Sepak interseksyen antara Cawang Tadbir/Provos melawan Skuadron Bantuan Operasi. Turut hadir Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai, anggota lain-lain pangkat dan team Gabungan Kontraktor.