Kemaskini Terakhir: Isnin,26 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 DSC 0020DSC 0024DSC 0029DSC 0045DSC 0056DSC 0059DSC 0065DSC 0075DSC 0077DSC 0070DSC 0079DSC 0082DSC 0106DSC 0117DSC 0120DSC 0130DSC 0138DSC 0147

 

SUBANG, 31 Jan 19 - Komander Pangkalan, Brig Jen Dato' Hj Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM telah merasmikan serta menyempurnakan majlis Pembukaan 'Mini Olimpik PU Subang 2019' antara Gabungan Skn/Caw & Unit Lojer PU Subang bagi tahun 2019 bertempat di Stadium Hoki, Pangkalan. Acara tersebut turut dihadiri oleh semua Pegawai Memerintah Skn, Ketua Cawang dan Unit Lojer di bawah naungan PU Subang.

Acara pembukaan telah dimulakan dengan perbarisan kontinjen Gabungan Skn, Cawang dan Unit Lojer yang telah diketuai oleh Kapt Mohd Adreen Nujjaid bin Mohd Khairul Nizam TUDM dari No 20 Skn. Acara diteruskan dengan perarakan masuk obor kejohanan oleh Kapt Muhammad Firdaus bin Mohd Zaini TUDM diiringi motor berkuasa tinggi dari kalangan Pegawai dan anggota LLP PU Subang.

Gimik perasmian telah diteruskan dengan pukulan bola hoki ke gawang gol oleh Komander Pangkalan dan sesi perkenalan kepada pemain yang terlibat bagi perlawanan pertama diantara No 20 Skuadron dan Cawang Materiel.

Dalam ucapan Komander Pangkalan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua warga PU Subang serta tenaga kerja AJK Sukan Pangkalan yang telah bertungkus lumus merangka dan menjayakan majlis ini.

Mini Olimpik PU Subang yang merupakan acara dwi tahunan ini akan berlangsung selama 3 bulan dan dijangka tamat pada 26 Apr 19 bagi Majlis Penutup Mini Olimpik PU Subang 2019 melalui acara sukan Olahraga merupakan inisiatif Pengerusi Sukan Pangkalan, bagi membuat persediaan PU Subang menghadapi Pertandingan Sukan Antara Pangkalan TUDM 2019.