Kemaskini Terakhir: Sabtu,23 Feb 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 DSC 7824DSC 7852DSC 7854DSC 7859DSC 7860DSC 7863P 20190131 100522P 20190131 100609P 20190131 102434P 20190131 104128P 20190131 105331SAM 0084

 

 

GONG KEDAK, 31 Jan 19 - Program Gotong Royong Perdana Mukim Bukit Puteri anjuran oleh Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dan MPKK Mukim Bukit Puteri telah disertai 110 anggota TUDM Pangkalan Udara Gong Kedak yang melibatkan 8 kawasan gotong-royong iaitu Kampung Dengir, Kampung Beris Pak Abu, Kampung Bukit Puteri Dalam, Kampung Tok Has, Kampung Lay Out Tok Has, Kampung Pangkalan Sentol, Kampung Gong Penaga dan Kampung Air Terjun.

Majlis Perasmian Program Gotong-royong Perdana telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Besut, Puan Hjh Siti Mariam binti Hamid di Dewan Serbaguna Kampung Denger. Gotong royong perdana melibatkan semua penduduk kampung dan Jabatan-jabatan kerajaan yang terdiri daripada Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), Majlis Daerah Besut, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Kementerian Kesihatan Malaysia, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Kolej Vokasional Besut, Jabatan Parol dan Perkhidmatan Komuniti Besut, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Besut.

Program ini adalah bertujuan sebagai salah satu platform mengeratkan hubungan silatulrahim diantara penduduk kampung serta memastikan tahap kebersihan dan keselamatan kawasan kampung sentiasa terjaga. Antara aktiviti yang dijalankan adalah gotong-royong membersihkan kubur, mencuci kawasan masjid, membaiki rumah penduduk yang uzur dan memotong rumput .