Kemaskini Terakhir: Sabtu,17 Ogos 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 IMG 20190204 123145IMG 20190204 123220IMG 20190204 123247

KUCHING, 31 Jan 19 – Sel Kerjaya dan Pengambilan (K&P)-Bahagian Sumber Manusia (BSM) telah mengadakan Pemilihan Awal Perajurit Muda (PJM) Udara Lelaki Siri 61/19 bagi Zon Sarawak dan Zon Sabah mulai 29 Jan 19 hingga 31 Jan 19.

Pemilihan awal yang diadakan di Kem RASCOM, Pangkalan Udara Kuching, Kem Lok Kawi dan KD Sri Tawau melibatkan calon awal seramai 783 orang. Calon-calon tersebut merupakan calon yang telah mendaftar dan memohon di laman web Kerjaya Pengambilan TUDM dan berjaya dalam tapisan awal.

IMG 20190204 123308IMG 20190204 123332IMG 20190204 123358

Antara pemeriksaan yang dilalui oleh calon-calon tersebut adalah Pemeriksaan Fizikal, Pemeriksaan Ketinggian dan Berat, Ujian Tahap Penglihatan, Ujian Kecergasan Jasmani dan Pemeriksaan Dokumen. Calon PJM Udara yang berjaya di dalam semua ujian awal akan dipanggil untuk ke Pemilihan Akhir yang dijangka pada bulan Apr 19.