Kemaskini Terakhir: Isnin,26 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 DSC 8255DSC 8262DSC 8355

BUKIT IBAM, 29 Jan 19 - Sekolah Latihan Tempur TUDM Bukit Ibam telah mengadakan Majlis Pembukaan Kursus Senjata Tempur Khas Siri 11/19 dan Kursus Komando TUDM Siri 26/19. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah SLTT Bukit Ibam, Lt Kol Jafridin bin Bahari TUDM bertempat di Grandstand Padang Bola SLTT. Seramai 14 anggota LLP telah menyertai Kursus Senjata Tempur Khas Siri 11/19 ini. Manakala, untuk Kursus Komando TUDM terdapat seramai 32 pelatih yang terdiri dari 2 Pegawai dan 30 anggota LLP.


Dalam ucapan pembukaan kursus tersebut, Pegawai Memerintah memaklumkan bahawa Kursus Senjata Tempur Khas merupakan satu kursus yang akan membentuk keyakinan diri yang tinggi dalam diri pelatih-pelatih serta dapat menimba ilmu pengetahuan yang luas terhadap aspek persenjataan. Manakala untuk Kursus Komando TUDM pula dilaksanakan adalah bertujuan untuk melayakan seorang pegawai TUDM dan anggota LLP TUDM sebagai seorang anggota komando TUDM bagi mendukung peranan dan tanggungjawab Pasukan Khas TUDM. Beliau juga turut mengingatkan bahawa Kursus Komando TUDM yang akan dilaksanakan memerlukan kekuatan dan juga pengorbanan dari aspek fizikal dan mental. Ia juga memerlukan daya tahan fizikal yang tinggi bagi setiap anggota di dalam kursus tersebut.