Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

14

KUALA LUMPUR, 24 Jan 19 - Perbarisan Pegawai Memerintah Markas Tentera Udara dan Markas Pemerintahan Operasi Udara (MTU/MPOU) buat kali yang pertama bagi tahun 2019 telah berlangsung di Tingkat 20, Wisma Pertahanan hari ini. Perbarisan telah diketuai oleh Mej Haszainol bin Hj Hasaan TUDM dan dihadiri seluruh warga MTU/MPOU.

Dalam ucapan Pegawai Memerintah MTU/MPOU, Brig Jen Dato’ Hanafiah bin Hj Abdul Manaf TUDM, beliau menyeru agar setiap warga MTU/MPOU terus menghayati dan menjayakan enam tonggak utama yang digariskan oleh Panglima Tentera Udara dalam Perintah Ulung iaitu Kesiagaan, Budaya Senggaraan, Pembangunan Modal Insan, Pemindahan Teknologi, Pengurusan Cemerlang dan Kebajikan.

53

Selain itu, beliau turut menegaskan berkenaan disiplin dan tingkah laku pegawai dan juga anggota dalam menjaga imej sebagai seorang anggota TUDM. “TUDM tidak akan berkompromi jika ada pegawai dan anggota yang ingkar arahan yang termaktub di dalam Direktif Panglima Tentera Udara No 5. iaitu Penyalahgunaan Dadah Berbahaya dan Direktif Panglima Tentera Udara No.5a iaitu Penyalahgunaan Racun Terkawal, Bahan Psikotropik dan Aktiviti Menghidu Gam”, tegas beliau semasa ucapan.