Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Ogos 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20190119 WA0021IMG 20190119 WA0022IMG 20190119 WA0027IMG 20190119 WA0028IMG 20190119 WA0019IMG 20190119 WA0025IMG 20190119 WA0029IMG 20190119 WA0030

 

BUTTERWORTH, 18 Jan 19 - Majlis Makan Beradat PTT Kanan TUDM Pangkalan Udara Butterworth telah dilaksanakan bertempat di Hotel Ixora Butterworth bagi tahun 2018. Kehadiran seramai 491 PTT Kanan termasuk VIP dan pasangan.

Majlis tahunan ini telah diadakan dengan gilang-gemilang bertujuan untuk meraikan ahli-ahli wisma yang akan bersara dan yang telah bersara disamping menerapkan budaya ketenteraan dan semangat berpasukan serta mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan Ahli Wisma.

Majlis diserikan dengan persembahan tarian sebagai pembawa pembukaan hidangan dan nyanyian dari kumpulan band Sky Troopers. Turut diadakan penyampaian cenderahati kepada anggota yang diraikan.

Turut hadir Komander Pangkalan Udara Butterworth, Brig Jen Amer Mahmud bin Abd Rahman TUDM, bersama isteri, Pegawai Pejaga Wisma Bintara, Mej Wan Ikmal Harris bin Hashim TUDM dan Pemangku Penjaga Akaun Wisma Bintara, Lt Mohd Sehfinazry Bin Mat Seh TUDM.