Kemaskini Terakhir: Sabtu,24 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20190111 WA0030IMG 20190111 WA0031IMG 20190111 WA0034

 

SIMUNJAN, 11 Jan 19 - Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato' Hj Yazid bin Arshad TUDM telah melakukan satu lawatan kerja ke Kompleks Radar Gunung Ngili bertujuan untuk melihat proses awal perpindahan alatan sokongan radar GM 403 ke Kompleks Radar Gunung Ngili. Beliau juga diberikan taklimat berkenaan persiapan akhir untuk perpindahan penuh radar GM 403 yang akan dijangka digerakkan pada 20 Jan 19.

Lawatan kerja ini turut diiringi oleh Komander Pangkalan Udara Kuching, Kol Masro bin Kaliwon TUDM, Lt Kol Roslee bin Shukor TUDM, Pegawai Memerintah Skn 330, pegawai-pegawai dan juga anggota lain-lain pangkat.