Kemaskini Terakhir: Isnin,26 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 

DSC 5552DSC 5563DSC 5570DSC 5571DSC 5572DSC 5576DSC 5582DSC 5584DSC 5602

GONG KEDAK, 10 Jan 19 - Pangkalan Udara Gong Kedak telah melaksanakan Latihan Kemalangan Pesawat di Luar Pangkalan (PAP OFF BASE) bertempat di Kampung Nangka, Kuala Besut Terengganu. Simulasi kemalangan bermula pada jam 1717H, pesawat EC725 dari No 10 Skuadron Detachment SAR yang mengalami masalah “Double Engine On Fire” ketika berlepas dari PU Gong Kedak. Pesawat tidak dapat dikawal dan terpaksa membuat simulasi pendaratan kecemasan di atas kawasan lapang di Perkampungan kampung Nangka.


Latihan tersebut melibatkan pasukan ‘Quick Response Force’ QRF dari Skuadron Provos, Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) serta Pasukan Bomba Pangkalan. Pasukan Penilai yang di ketuai oleh Pegawai Keselamatan Pangkalan, Mej Nor Qhaireel Izzuan bin Mohd Noor TUDM dan Kapt Nizamuddin bin Mahmud TUDM telah memastikan semua prosedur yang dilaksanakan mengikut ‘check list’ yang telah ditetapkan. Turut hadir melihat perlaksanaan Latihan ini Pegawai Laksana Pangkalan, Lt Kol Wan Zainal Abidin bin Wan Yaacob TUDM.


Latihan ini bertujuan bagi memastikan kesiagaan dan langkah yang perlu diambil oleh semua pihak sekiranya kemalangan pesawat benar-benar berlaku serta mengenal pasti dan menambah baik operasi menyelamat mangsa.