Kemaskini Terakhir: Sabtu,19 Jan 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

49c0ea30 1d14 40c2 84fa a7a812e399d1ba9cd415 7da7 4bb0 9aea bc925158f594

 

KUANTAN, 10 Jan 19 - Komandan Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA), Kol Ben Khedda Adnan bin Mohd Yusoff TUDM telah membuat lawatan kebajikan kepada isteri Mej Fazli Ahmad bin Habibul Rahman TUDM iaitu Kapt Noorfaezah binti Abdul Manan TUDM di kediamannya. Lawatan kebajikan ini dibuat di atas kematian anak yang baru dilahirkan beliau pada 30 Nov 18 yang lalu.


Dalam lawatan itu, Komandan INSPRA telah menyerahkan sumbangan dari Tabung Kebajikan TUDM dan turut menyampaikan sumbangan derma dari INSPRA. Turut hadir dalam lawatan kebajikan ini adalah Pegawai Laksana INSPRA, Lt Kol Wan Amir Zaki bin Wan Hassan TUDM selain Ketua Sekolah Kawalan Trafik Udara, Lt Kol Anuar bin Che Hassan TUDM dan pegawai- pegawai INSPRA yang lain.


Warga INSPRA merakamkan ucapan tazkiah kepada keluarga Mej Fazli Ahmad bin Habibul Rahman TUDM. Semoga diberikan kekuatan semangat dalam menjalani kehidupan masa mendatang.